Categories

“Apa yang saya perlukan ialah peluang”

This post is also available in: English

bim-inside-pages55Ainatul Munirah Binti Mahadi, pelajar. Perlis. 2013

Sewaktu Ainatul berusia 10 tahun, dia telah dijadikan anak angkat oleh sebuah yayasan kebajikan dan ini telah mengubah kehidupannya. Dia teringat kehidupan masa kecil di kampungnya di Perlis yang agak daif memandangkan ayahnya yang bekerja sebagai pemandu lori hanya berpendapatan RM500 sebulan, namun berusaha meningkatkan pendapatan dengan bekerja lebih masa dan membantu mengerjakan sawah padi milik keluarganya.

Dia masih ingat yang keluarganya hanya mampu membelikan sepasang uniform sekolah  untuk dia dan kakaknya. Jika ia menjadi kotor, mereka terpaksa berkejar pulang ke rumah untuk membasuhnya dan berharap ia sempat kering untuk ke sekolah keesokan harinya. Setelah menjadi “anak angkat” yayasan tersebut, segala keperluan persekolahannya disediakan, dan ini telah meringankan beban keluarganya.

Satu-satunya syarat yang ditetapkan oleh yayasan itu kepada Ainatul ialah dia mesti menjadi pelajar cemerlang di sekolah, dan dia berjaya mencapainya. Hari ini, yayasan itu menaja pengajiannya dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Anrabangsa.

Ainatul berterima kasih kepada ibu bapanya yang bukan sahaja menyokongnya selama ini malah menanamkan semangat ingin berjaya kepada adik-beradiknya. Kakak Ainatul bekerja sebagai jururawat manakala adik lelakinya pula sedang ditaja oleh sebuah syarikat. Dia berkata yang ibunya sentiasa menganggap dirinya sebagai contoh kepada adik lelakinya dengan berkata jika dia menunjukkan kemampuannya, dia juga boleh mendapat peluang yang sama.

ainatul-4496

Ainatul with her parents and brother

ainatul-4542

Ainatul with her father and brother

ainatul-4480

facebook-ainatul-4487

Tok Dalang Wayang Kulit Previous Post
“Saya berkongsi bakat kurniaan Tuhan” Next Post