Categories

Bersantai di Beranda

This post is also available in: English Chinese (Simplified)

BIM inside pages90

John anak Jangen dan Bili anak Tapo, ketua-ketua

Kampung Mongkos, Serian, Sarawak

Saya terdengar suara John anak Jangen dan Bili anak Tapo bersembang sambil bergelak ketawa di beranda sewaktu saya sedang menaiki tangga sempit yang dibuat daripada sebatang kayu balak di rumah panjang itu. Waktu itu, saya agak bimbang yang kehadiran saya mengganggu, namun mereka berdua menyambut kedatangan saya dengan penuh mesra.

Tidak seperti warga kota, penduduk pribumi Sarawak tidak menaruh syak wasangka terhadap para pelawat. John dan Bili amat peramah. Saya bertanyakan perkara yang biasa mereka lakukan dan kami akhirnya berbual-bual tentang kehidupan selama dua jam berikutnya.

Suatu ketika dahulu, John pernah menjadi ketua kampung. Dia teringat sewaktu penduduk kampung itu memilihnya sebagai ketua kampung, dia melarikan diri dan menyorok di hutan kerana memikirkan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikulnya. Namun, setelah fikirannya tenang, dia kembali ke kampung dan menjalankan kewajipanya.

John dan Bili masing-masing tidak tahu usia mereka yang sebenar. Apa yang pasti, mereka memang berhak menjadi ketua-ketua di kampung itu. John, masih ingat Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dan Konfrontasi (Indonesia-Malaysia, 1962–1966), ketika dia berkhidmat dalam pasukan tentera darat Malaysia sebagai seorang pengesan jejak.

Kedai Gunting Rambut Sin See Tai, Jalan Jawa, Melaka Previous Post
"Hutan sumber rezeki" Next Post