Categories

“Saya boleh menyiapkan songkok dalam sejam”

This post is also available in: English

bim-inside-pages50

Haja Mohideen, pembuat songkok generasi kedua

Kedai Songkok Osm Mohd Shariff, Lebuh King, Pulau Pinang. 2012

Menerusi tunjuk ajar bapanya, Haja Mohideen mula membuat songkok  sewaktu baru berusia 12 tahun. Pada tahun 1993, bapanya menjalankan  perniagaan membuat songkok di sebuah kedai kecil yang berukuran enam kaki kali 12 kaki, terletak di sebelah Kuil Nagore Durgha di pintu masuk Little India, Pulau Pinang. Apabila bapanya bersara pada tahun 1975, Haja Mohideen meneruskan perniagaan itu secara bersendirian sehinggalah menantunya, Abdul Kader menyertainya.

Selama bertahun-tahun, dia telah menghasilkan songkok untuk pelbagai golongan masyarakat, daripada kerabat diraja hinggalah kepada orang kebanyakan. Dia turut mendapat tempahan daripada pelbagai badan beruniform, menyiapkan tempahan mereka menggunakan mesin jahitnya yang berusia 60 tahun. Perniagaannya paling sibuk pada bulan Ramadan, ketika orang Islam memulakan persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun dia berasa amat gembira kerana Kader sentiasa berada di sisi untuk membantunya.

songkok-haja-mohideen-5703

songkok-haja-mohideen-5694

songkok-haja-mohideen-2100

songkok-haja-mohideen-5690

“Isteri saya yang membuat baju ini; Saya memakainya untuk majlis tertentu” Previous Post
Pendokong Warisan Next Post