“Hutan sumber rezeki”
This post is also available in: English Chinese (Simplified)
— Translated by Hisham Idris —
Nga, pemburu rimba Orang Asal
Cameron Highlands
Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, saya terlihat Nga yang sedang membuka gerainya di tepi jalan raya. Pada hari itu, dia menjual madu lebah hutan dan beberapa barangan lain yang diperolehi dari hutan.
Sejak turun-temurun, masyarakat orang asli di Cameron Highlands seperti Nga bergantung kepada hutan untuk mata pencarian, sebelum tertubuhnya Malaysia ataupun Malaya. Awal pagi sewaktu saya bertemu dengannya hari itu, saya terasa diri ini begitu kerdil melihat kehidupannya yang bergantung kepada sumber hutan dan keyakinannya bahawa ia akan memberi rezeki kepada diri dan keluarganya.
Sekiranya anda sedang memandu dan terlihat Nga atau Orang Asli lain menjual buah-buahan, madu dan kraftangan, berhentilah seketika untuk membelinya. Jangan pula terlalu berkira semasa tawar-menawar harga.